Thursday 24 November 2016

GOTONG-ROYONG PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR DAN AEDES

24 NOVEMBER 2016 : SK Paya Pasir dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah melaksanakan aktiviti Gotong-Royong Persediaan Menghadapi Banjir dan Gotong-Royong Mega Perangi Aedes.

Semenjak jam 8.00 pagi lagi, ibu, bapa dan penjaga murid-murid sekolah ini telah menghadirkan diri untuk bersama-sama menjayakan aktiviti yang dirancang ini.

Semua perabot dan peralatan sekolah yang berada di aras bawah sekolah ini telah dipindahkan ke aras pertama sebagai persediaan menghadapi banjir dan mengurangkan risiko kerosakan peralatan sekiranya berlaku banjir.

Pihak sekolah menghulur dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesediaan ibu bapa dan penjaga bersama ahli jawatankuasa PIBG menjayakan program yang dirancang.

Tuesday 22 November 2016

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRASEKOLAH

22 NOVEMBER 2016 - SK Paya Pasir menjayakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah pada hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Negeri Pahang (JASA)  Encik Mohd Yusof bin Jamaluddin.

Dalam ucapan YDP PIBG Encik Zakaria Awang ada menyebut tentang pencapaian UPSR 2016 yang bagaikan penanda aras sesebuah sekolah. Walaupun pada tahun ini tiada yang mendapat 6A mengikut format baru KSSR dengan mengutamakan KBAT dalam UPSR namun SK Paya Pasir boleh berbangga dengan pencapaian sepanjang tahun ini yang tidak kurang hebat dan gahnya.

Tuan Guru Besar Encik Idzahar turut menyentuh beberapa perkara yang merungkai kekeliruan ibu bapa dan penjaga berkaitan UPSR 2016.

Dalam pada itu, satu perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga murid prasekolah (PEWARIS)  turut dijalankan selepas majlis di atas selesai di bawah kendalian Guru Prasekolah Encik Iskandar.

Sesungguhnya majlis yang dilaksanakan pada hari ini berjalan dengan lancar dan terancang. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Tuesday 15 November 2016

HARI USAHAWAN

Pelajar Tahun 6 dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR menganjurkan Hari Usahawan Peringkat Sekolah pada 16 November 2016 hari Rabu.

Beberapa gerai jualan dibuka yang menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk dimanfaatkan semua murid dan penjada sekolah ini.




Antara barangan selain bahan makanan dan minuman termasuklah barangan terpakai yang dijual dengan hara RM1 sahaja. Dalam pada itu, perkhidmatan cuci kereta dan motosikalturut disediakan.

Adalah difahamkan hasil jualan itu nanti akan digunakan untuk beberapa Program Kecemerlangan UPSR dan aktiviti selepas UPSR.

Ibu, bapa dan penjaga turut diundang untuk memeriahkan program yang dirancang dengan membeli hasil usaha pelajar sekolah ini.