Wednesday 16 August 2017

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017

15 OGOS 2017 - "Negaraku Sehati Sejiwa" yang menjadi tema sambutan Bulan Kebangsaan 2017 telah menyaksikan SK Paya Pasir tidak ketinggalan memupuk jiwa patriotik dan merdeka dalam kalangan anak didik dan warga sekolah ini.




Berbagai aktiviti telah dirancang dalam mengisi Bulan Kebangsaan ini dengan berlandaskan kepada objektif dan matlamat setiap program demi melahirkan generasi muda yang berilmu, berjiwa patriotik dan kenegaraan yang tinggi. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2017.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

PROGRAM ELIMINASI FILARIASIS LIMFATIK

14 OGOS 2017 - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Paya Pasir untuk Pelaksanaan Penulaian Pemutus Jangkitan bagi Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang yang bertujuan membasmi penyakit filariasis menjelang 2018 selaras dengan usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).






Sehubungan itu, semua murid Tahun 1 dan 2 sekolah ini telah diambil sampel darah bagi menjayakan program berkenaan. Kerjasama yang telah diberi oleh ibu bapa sangat dihargai.

Tuesday 8 August 2017

PEMUDA MENGHULUR SUMBANGAN KE SKPP

7 OGOS 2017 - SK Paya Pasir menerima sumbangan kertas A4 daripada Pemuda UMNO Bahagian Maran. Terima kasih dari pihak sekolah di atas sumbangan yang dihulur.




Wednesday 2 August 2017

PENYERAHAN SIJIL, PLAK DAN CENDERAMATA OLEH WAKIL EKSPEDISI BERKAYAK UKM

28 JULAI 2017 - SK Paya Pasir menerima kunjungan daripada wakil berkayak sempena Ekspedisi Berkayak Sungai Pahang Sempena Tahun Melawat Pahang 2017 di bawah anjuran Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah berlangsung pada 3 - 5 Mac 2017 yang lalu.




Dalam kunjungan ini, bwliau telah menyerahkan Sijil Penghargaan, Plak dan Cenderamata buat sekolah ini kerana dijadikan venue penginapan peserta.


Seluruh warga SK Paya Pasir mengucapkan jutaan terima kasih.

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JUN DAN JULAI

28 JULAI 2017 - Sekali lagi, sambuatan hari lahir murid dan guru SK Paya Pasir dirai. Pada kali ini, keraian telah dibuat kepada mereka yang lahir sepanjang bulan Jun dan Julai. Sebagai makluman, sebelum ini telah dianjurkan sambutan bagi mereka yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac bagi kali pertama kemudian diikut April dan Mei bagi kali kedua.




Seluruh warga SK Paya Pasir mengucapkan Tahniah dan Selamat Menyambut Hari Lahir.