Monday 6 March 2017

SKPP PERSINGGAHAN EKSPIDISI

4 dan 5 MAC 2017 - SK Paya Pasir telah menerima sejumlah 200 orang peserta dan pegawai-pegawai pengiring Ekspedisi Berkayak Sungai Pahang IPTA Seluruh Malaysia anjuran Kerajaan negeri Pahang melalui Jabatan Perlancongan Pahang sempena Program Melawat Negeri Pahang 2017.





Sehubungan itu, sekolah ini telah dijadikan tempat persinggahan yang menempatkan peserta berkayak tersebut menginap. Pihak sekolah dengan kerjasama JPN Pahang dan PPD Maran telah bersetuju menyediakan beberapa bilik di sekolah untuk dijadikan tempat tidup dan persalinan di bawah pengurusan dan kelolaan pentadbiran SK Paya Pasir.

Suasana SK Paya Pasir yang tenang, nyaman, jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota membuatkan para mengambil kesempatan mengisi masa lapang dengan bermain permainan-permainan rakyat di padang sekolah seperti galah panjang dan rounders.

Sesungguhnya dengan kehadiran peserta-peserta berkayak ke sekolah ini membuatkan SK Paya Pasir terus terukir dalam peta Ekspedisi Bekayak Sungai Pahang 2017.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Syabas dan tahniah.
    Saya pengarah program Ekspedisi ini ingin bersua dengan Guru Besar sekolah bagi menyampaikan cendehati namun masih lagi tidak berkesmpatan kerana kekangan masa. Namun, Janji tetap janji, saya akan hadir juga...

    Walaubagaimanapun, Terima Kasih dan syabas atas penyediaan tempat menginap yang cukup selesa untuk semua peserta UKM dan pegawai JPN Pahang serta semua Crew Ekspedisi.

    Insyaallah selepas Aidilfitri saya akan ke sekolah Tuan.

    ReplyDelete