Monday 27 November 2017

GOTONG-ROYONG PERSEDIAAN BANJIR

24 NOVEMBER 2017 - Semua warga SK Paya Pasir telah menghulurkan sumbangan keringat masing-masing dalam menjayakan aktiviti gotong-royong tahunan yang menjadi SOP (Prosuder Standard) bagi sekolah yang kerang mengalami banjir sebagaimana sekolah ini.





Terima kasih di atas sumbangan, warga pendidik, para pelajar dan ibu bapa yang hadir dalam program ini.

Terima kasih.

KEPUTUSAN UPSR 2017

23 NOVEMBER 2017 - Keputusan UPSR telah diumumkan dengan rasminya. Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Sains telah memperolehi Tahap Menguasai 100% bagi semua calon UPRS pada tahun ini, tahniah.

Dalam pada itu, atas usaha dan ketekunan, disulami dengan ikhtiar, doa dan tawakal maka calon-calon UPSR SK Paya Pasir telah menerima keputusan berkenaan dengan tenang dan terdapat juga riak-riah suka, duka, riang dan sedih.

Namun penghidupan perlu diteruskan dan kehidupan masa depan bukanlah penentunya daripada keputusan UPSR ini sahaja, masih banyak liku-liku, onak dan ranjau yang perlu dirempuhi dalam meniti kedewasaan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

Tahniah teruskan usaha agar masa yang mendatang dan berlalu tidak sia-sia.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2017

22 NOVEMBER 2017 - Dalam kepadatan minggu ini dengan aktiviti, tidak dapat dipinggirkan aktiviti tahunan yang menyatakan pencapaian anak-anak didik sekolah ini sepanjang tahun 2017 dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum, maka Hari Anugerah Kecemerlang Pendidikan 2017 SK Paya Pasir telah dilaksanakan dengan jayanya.





Tahniah kepada yang berjaya dan teruskanlah kecemerlangan demi masa depan.

Sila ikuti koleksi foto menerusi facebook rasmi sekolah.

KEHADIRAN KELAS 100% MINGGUAN

20 NOVEMBER 2017 - Program Hal Ehwal Murid 2017 iaitu Kehadiran Kelas 100% Mingguan telah sampai ke penghujungnya, maka pada tarikh ini diumumkan Kehadiran Kelas Terbaik dan penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar.


Tahun 4 Bestari dinobatkan sebagai kelas terbaik dengan 10 minggu kehadiran penuh 100% dan menerima hadiah iringan.





Tahniah.

PERKHEMAHAN BERSEPADU 2017

17 - 19 NOVEMBER 2017 - Sebagaimana tahun-tahun lepas, SK Paya Pasir tidak melepaskan peluang hujung tahun dalam cuaca yang baik untuk menjayakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform bagi tahun ini.


Sejumlah 90 orang peserta perkhemahan yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga 6 yang juga merupakan ahli Unit Beruniform Pengakap dan Puteri Islam telah memperlihatkan kesungguhan dalam program yang dirancang ini.


Memasak, Malam Kebudayaan, Kawat Kaki, Aktiviti Berhalangan, Burung hantu dan banyak lagi antara aktiviti yang memeriahkan dan berjaya memanfaatkan peserta. Turut menjayakan program ialah Jabatan Kesihatan Maran yang menganjur Program 10,000 Langkah dan Pemeriksaan Kesihatan.


Tahniah, SK Paya Pasir 2017.

Sila ikuti koleksi foto aktiviti di Facebook SKPP dengan carian SK Paya Pasir.

Tuesday 14 November 2017

HARI KELUARGA

11 - 12 NOVEMBER 2017 - Warga SK Paya Pasir telah menjayakan Hari Keluarga di MS Chemerkau Chekas Chalet, Hulu Dong, Raub, Pahang.


Satu pengalaman indah telah tercatat dengan berbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan sambil bersantai tapi meriah.



Tahniah atas kejayaan program yang dirancang.


Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Friday 3 November 2017

KAWAD KECEMASAN DAN LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN

2 NOVEMBER 2017 - Setelah melalui beberapa sesi latihan kawad kecemasan, pada hari ini satu sesi Kawad Pengungsian Bangunan, Demonstrasi Memadam Kebakaran, Pameran dan Latihan Menyelamat telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan seluruh warga SK Paya Pasir dengan kerjasama yang sangat bermakna daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Maran.




Terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada anggota bomba yang sedia memberi penerangan dan tunjuk ajar yang sangat berguna.


Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti

Monday 30 October 2017

TAHNIAH CIKGU ISHA

28 OKTOBER 2017 - Cikgu Isha bin Ibrahim telah melangsungkan perkahwinan anak perempuan beliau. Warga SK Paya Pasir mengucapkan tahniah.





SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN 8, 9 DAN 10

27 OKTOBER 2017 - Sekali lagi sambutan Hari Lahir dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan tumpuan kepada murid dan guru yang lahir pada bulan Ogos, September dan Oktober.




DWEN 2017

26 OKTOBER 2017 - SK Paya Pasir telah melengkapkan takwin tahunan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dengan anjuran kunjungan hormat.

Lawatan tersebut telah disambut oleh ketua keluarga yang juga warga emas dan isterinya yang tidak sihat. Turut serta dalam program ini ialah beberapa orang murid Tahun 6.




Sesumngguhnya program ini menyedarkan kita agar sentiasa prihatin kepada sesiapa sahaja termasuk warga emas yang banyak berjasa di negara kita.

Tuesday 10 October 2017

HARI USAHAWAN

10 OKTOBER 2017 - SK Paya Pasir menganjurkan Program Hari Usahawan 2017 sebagai lanjutan tradisi saban tahun yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan warga sekolah ini termasuk dalam kalangan ibu bapa serta penjaga.




Hari Usahawan bukan sekadar mendidik anak-anak muda berniaga dengan mengenali modal, untung dan rugi malahan turut menanam sikap-sifat terpuji serta berakhlak mulia.

Tahniah kepada jawatankuasa program yang telah bertungkus lumus memastikan kejaya sebagaimana yang dirancang.

Monday 9 October 2017

BUBUR ASYURA

6 OKTOBER 2017 - SK Paya Pasir dengan kerjasama PIBG telah menjayakan Program Mengacau Bubur Asyura pada tahun ini.


Ibu bapa dan kakitangan sekolah beserta dengan pekerja-pekerja swasta telah memulakan program sejak awal pagi lagi. Seterusnya hasil program telah diagihkan kepada semua murid, kakitangan dan semua yang terlibat menjayakan program ini.



Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas program yang telah dirancang.

Tuesday 3 October 2017

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1439

29 SEPTEMBER 2017 - SK Paya Pasir dengan pengurusan Panitia Agama Islam telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1439H peringkat sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan yang dimulai dengan perarakan semua murid sekolah ini di sekitar Kg. Paya Pasir.


Sambutan seterusnya diisi dengan beberapa acara yang berobjektifkan Maal Hijrah dan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Idzahar bin Abu Bakar.


Majlis diakhiri dengan penganugerahan tokoh :
1. Tokoh Maal Hijrah 1439H
2. Tokoh Akhlak Terpuji 1439H
3. Tokoh Muslimah 1439H
4. Tokoh Muslimat 1439H
5. Tokoh Kepimpinan 1439H

Monday 11 September 2017

UPSR BERMULA

11 SEPTEMBER 2017 - Perjuangan murid Tahun 6 bermula setelah bersedia dengan pelbagai usaha dan persiapan.






Saturday 9 September 2017

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2017

11 - 14 September 2017, kesemua murid Tahun 6 SKPP akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Setelah berbagai usaha, kaedah, teknik dan pendekatan digunakan, perbagai kelas tambahan dan program-program kesedaran serta motivasi dicurahkan maka tibalah masanya kita bertawakal di atas segala usaha agar membuahkan kejayaan.

Adalah menjadi harapan dengan iringan doa daripada ibu, bapa, penjaga dan guru-guru semoga calon UPSR pada tahun ini dapat menjawab dengan tenang dan memastikan jawapan yang diberi adalah betul dan tepat sebagaimana kehendak soalan.

Dalam pada masa yang sama, semua murid sekolah ini turut dalam suasana peperiksaan kerana menduduki Peperiksaan Ke-3 atau P3 yang dilaksanakan serentak dengan UPSR.

Selamat menghadapi UPSR dan P3, semoga beroleh kejayaan, insyaAllah.

Wednesday 6 September 2017

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN WARNA-WARNI

25 OGOS 2017 - SK Paya Pasir tidak mahu ketinggalan dalam menanam semangat patriotik dalam kalangan murid dan warga sekolah dengan berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SK Paya Pasir.



Pelbagai agenda telah disusun rapi bermula dengan perarakan sebagai pembuka sambutan. Sesungguhnya sambutan yang telah dirancang berjaya memupuk cintakan negara dengan slogan Negaraku Sehati Sejiwa.


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2017.

Klik GALERI untuk ikuti aktiviti program.

Wednesday 16 August 2017

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017

15 OGOS 2017 - "Negaraku Sehati Sejiwa" yang menjadi tema sambutan Bulan Kebangsaan 2017 telah menyaksikan SK Paya Pasir tidak ketinggalan memupuk jiwa patriotik dan merdeka dalam kalangan anak didik dan warga sekolah ini.




Berbagai aktiviti telah dirancang dalam mengisi Bulan Kebangsaan ini dengan berlandaskan kepada objektif dan matlamat setiap program demi melahirkan generasi muda yang berilmu, berjiwa patriotik dan kenegaraan yang tinggi. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2017.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.