SEJARAH

PENUBUHAN

Sekolah Kebangsaan Paya Pasir atau ringkasnya SK Paya Pasir, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Maran Temerloh, Pahang. Sekolah ini telah dibangunkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957.

Pada 1 Julai 1957, sekolah ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Sekolah ini dibina atas permintaan penduduk kampung yang mengalami kesukaran untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pesagi yang terletak berhampiran sekolah ini namun mereka terpaksa mengambil risiko menyeberangi sungai setiap hari.

Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini mulai 1 hb Julai 1957 ialah Tuan Hj Muhamad b. Hj Salleh dengan tiada penolong kanannya. Pada mula sekolah ini dibuka, bilangan murid hanya 45 orang dalam darjah 1. Dari jumlah itu 20 orang daripadanya adalah melebihi had umur.



Bangunan sekolah ini adalah diperbuat daripada kayu dan bertiangkan simen. Akibat pertambahan bilangan murid kepada 160 orang, maka pihak kerajaan telah menambah lagi bilangan bilik darjah sebanyak dua buah dan sebuah pejabat guru besar dengan mendindingkan bahagian bawah sekolah. Bangunan ini seterusnya telah diubahsuai menjadi bangunan Pusat Sumber Sekolah.

Pada tahun 2002 sekolah ini telah mendapat bangunan baru empat tingkat yang menempatkan pejabat, bilik guru, perpustakaan, kelas, makmal dan beberapa bilik khas yang lain. Bangunan ini dirasmikan oleh Dato’ Tan Mohd Aminuddin bin Ishak yang mampu menempatkan seramai 200 orang murid.

No comments:

Post a Comment