Monday 29 May 2017

DI AMBANG RAMADAN

26 MEI 2017 - Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Di Ambang Ramadan yang berlangsung di Dewan SK Paya Pasir.

Tuan Guru Besar Encik Idzahar bin Abu Bakar telah menyampaikan pesanan ringkas buat semua murid dalam perjumpaan ringkas selepas waktu rehat.






Berbagai program telah dirancang dan akan berlangsung sepanjang hari persekolahan kelak yang bermula 13 hingga 23 Jun 2017.

Semoga bertambah ibadah di bulan puasa ini. Selamat berpuasa.

Wednesday 17 May 2017

HARI GURU MERIAH

16 MEI 2017 - Saban tahun Hari Guru merupakan satu hari yang dinanti-nanti dalam kalangan guru dan murid. Situasi yang sama dapat dilihat melalui sambutan Hari Guru SK Paya Pasir yang dirai pada tanggal 16 Mei 2017 yang merupakan satu tarikh keramat kepada warga guru seluruh negara.





Berbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan majlis kendalian murid dengan kerjasaya yang padu daripada PIBG sungguh menyentuh hati dan perasaan. Terima kasih semua, SELAMAT HARI GURU.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Monday 15 May 2017

GOTONG-ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES SIRI 1

13 MEI 2017 - SK Paya Pasir menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri 1 bagi tahun 2017 ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru turut terlibat di samping pembabitan murid-murid Tahap 2 sekolah ini.





Satu taklimat ringkas berkenaan Bahaya Aedes Benteras Denggi telah disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid dan setetusnya peserta gotong-royong telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dengan fokus utama mengenal pasti tempat yang boleh menakung air, musnahkan tempat pembiakan nyamuk dan seterusnya mengumpulkan untuk dilupuskan.

Pengumpul terbanyak telah diberi hadiah rangsangan oleh penganjur program. Unit Hal Ehwal Murid mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan berpesan TIADA AEDES TIADA DENGGI.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti

Monday 1 May 2017

MAJLIS PERPISAHAN

28 APRIL 2017 - TAS CLUB SK Paya Pasir telah berjaya menganjurkan Majlis Perpisahan berikutan pertukaran 3 orang guru sekolah ini. Cikgu Iskandar telah bertukar ke Selangor, Cikgu Norlaila telah betukar ke SK Chedong Jaya dan Ustaz Syukran telah bertukar ke SK LKTP Jengka 5.




Berikutan urusan yang tidak dapat dielakkan maka hanya Ustaz Syukran yang juga merupakan mantan GPK Pentadbiran yang dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut.

Seluruh warga SK Paya Pasir mengucapkan selamat bertugas dan taburlah sebanyak-banyak bakti dan jasa di tempat baru, namun jangan lupakan kami yang pernah mencuit hati.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.