28 JULAI 2017 - SK Paya Pasir menerima kunjungan daripada wakil berkayak sempena Ekspedisi Berkayak Sungai Pahang Sempena Tahun Melawat Pahang 2017 di bawah anjuran Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah berlangsung pada 3 - 5 Mac 2017 yang lalu.
Dalam kunjungan ini, bwliau telah menyerahkan Sijil Penghargaan, Plak dan Cenderamata buat sekolah ini kerana dijadikan venue penginapan peserta.
Seluruh warga SK Paya Pasir mengucapkan jutaan terima kasih.
Showing posts with label Anugerah. Show all posts

Wednesday, 2 August 2017
Tuesday, 11 July 2017
KARNIVAL BAHASA INGGERIS KELOMPOK LUIT
10 JULAI 2017 - SK Paya Pasir menerusi Amni Fathiah Munirah binti Mohd Faizal dari Tahun 4 telah berjaya meraih Naib Johan dalam kategori Story Telling Karnival Bahasa Inggeris Kelompok Luit bagi tahun ini di SK Seri Keramat.
Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua peserta apatah lagi kepada pemenang serta guru dan jurulatih kontinjen SK Paya Pasir. Tahniah.

Monday, 1 May 2017
MAJLIS PERPISAHAN
28 APRIL 2017 - TAS CLUB SK Paya Pasir telah berjaya menganjurkan Majlis Perpisahan berikutan pertukaran 3 orang guru sekolah ini. Cikgu Iskandar telah bertukar ke Selangor, Cikgu Norlaila telah betukar ke SK Chedong Jaya dan Ustaz Syukran telah bertukar ke SK LKTP Jengka 5.
Berikutan urusan yang tidak dapat dielakkan maka hanya Ustaz Syukran yang juga merupakan mantan GPK Pentadbiran yang dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut.
Seluruh warga SK Paya Pasir mengucapkan selamat bertugas dan taburlah sebanyak-banyak bakti dan jasa di tempat baru, namun jangan lupakan kami yang pernah mencuit hati.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.
Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Tuesday, 22 November 2016
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRASEKOLAH
22 NOVEMBER 2016 - SK Paya Pasir menjayakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah pada hari ini.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Negeri Pahang (JASA) Encik Mohd Yusof bin Jamaluddin.
Dalam ucapan YDP PIBG Encik Zakaria Awang ada menyebut tentang pencapaian UPSR 2016 yang bagaikan penanda aras sesebuah sekolah. Walaupun pada tahun ini tiada yang mendapat 6A mengikut format baru KSSR dengan mengutamakan KBAT dalam UPSR namun SK Paya Pasir boleh berbangga dengan pencapaian sepanjang tahun ini yang tidak kurang hebat dan gahnya.
Tuan Guru Besar Encik Idzahar turut menyentuh beberapa perkara yang merungkai kekeliruan ibu bapa dan penjaga berkaitan UPSR 2016.
Dalam pada itu, satu perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga murid prasekolah (PEWARIS) turut dijalankan selepas majlis di atas selesai di bawah kendalian Guru Prasekolah Encik Iskandar.
Sesungguhnya majlis yang dilaksanakan pada hari ini berjalan dengan lancar dan terancang. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Subscribe to:
Posts (Atom)