Thursday, 27 April 2017

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

25 APRIL 2017 - SKPP telah menyahut Program Majlis Perpustakaan Awam Malaysia MPAM dengan menyertai jutaan rakyat Malaysia membaca dalam Program Jom Baca Bersama 10 Minit.


Program ini telah dilancarkan oleh GPK Pentadbiran Puan Maziah Mohd Sapar dan menjadi aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah SKKP semenjak program ini mula dilancarkan.




Jadikanlah membaca sebagai satu amalan.

Sila klik GALERI untuk ikuti foto aktiviti.

Monday, 17 April 2017

SELAMAT HARI LAHIR

17 APRIL 2017 -  Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Program Guru Penyayang telah meneruskan Sabutan Hari Lahir bagi semua murid sekolah ini yang lahir pada bulan Mac dan April.





Selamat hari lahir diucapkan, semoga terus menggemilangkan sekolah dan hadir ke sekolah dengan gembira dan berjiwa besar.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto aktiviti.

Sunday, 16 April 2017

PASUKAN BOLA SEPAK SKPP TELAH BERSEDIA

Semenjak beberapa minggu kebelakangan ini Pasukan Bola Sepak SKPP telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah berhampiran dalam memantapkan keupayaan dan kesediaan pasukan.





Selasa, 18 April 2017 merupakan tarikh penentuan segala usaha, penat lelah dengan tunjuk ajar, teknik dan segala perancangan memaparkan hasil titisan keringat yang dicurahkan.

Seluruh warga SKPP mendoakan kejayaan kalian dengan mengharumkan nama sekolah.

SELAMAT DATANG GPK PENTADBIRAN

Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti, berkuatkuasa 3 April 2016, Puan Maziah binti Mohd Sapar dari SK Bukit Bota telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang melapor diri pada 17 April 2017. Beliau mengganti tempat Encik Shukran bin Othman yang telah bertukar ke SK LKTP Jengka 5 pada hujung bulan Februari yang lalu.


Warga SK Paya Pasir mengalu-alukan kedatangan Puan Maziah dan selamat bertugas di sekolah ini.

Friday, 31 March 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41

30 MAC 2017 - PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK Paya Pasir telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41.


Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang itu telah berjaya memutuskan beberapa ketatapan dengan semangat PIBG yang memaparkan kesatuan dan kesepaduan di samping menepati matlamat SARANA PIBG.



Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Datin Sri Dato' Hajah Fatimah binti Haji Kassim merangkap Penaung Puspanita KSM.

Sila klik GALERI untuk ikuti koleksi foto axtiviti.

Tuesday, 28 March 2017

OLAHRAGAWATI MARAN

17 MAC 2017 - DINIE NUR WAZIEN KAMARUL HAMRI murid Tahun 5 Bestari SK Paya Pasir telah dianugerahi Olahragawati MSSM Daerah Maran yang berlangsung di Komplek Sukan UiTM Jengka.

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kerana telah mengharumkan nam sekolah di persada sukan dan akan mewakili Daerah Maran ke MSSM Pahang. Tahniah.

Monday, 6 March 2017

SKPP PERSINGGAHAN EKSPIDISI

4 dan 5 MAC 2017 - SK Paya Pasir telah menerima sejumlah 200 orang peserta dan pegawai-pegawai pengiring Ekspedisi Berkayak Sungai Pahang IPTA Seluruh Malaysia anjuran Kerajaan negeri Pahang melalui Jabatan Perlancongan Pahang sempena Program Melawat Negeri Pahang 2017.





Sehubungan itu, sekolah ini telah dijadikan tempat persinggahan yang menempatkan peserta berkayak tersebut menginap. Pihak sekolah dengan kerjasama JPN Pahang dan PPD Maran telah bersetuju menyediakan beberapa bilik di sekolah untuk dijadikan tempat tidup dan persalinan di bawah pengurusan dan kelolaan pentadbiran SK Paya Pasir.

Suasana SK Paya Pasir yang tenang, nyaman, jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota membuatkan para mengambil kesempatan mengisi masa lapang dengan bermain permainan-permainan rakyat di padang sekolah seperti galah panjang dan rounders.

Sesungguhnya dengan kehadiran peserta-peserta berkayak ke sekolah ini membuatkan SK Paya Pasir terus terukir dalam peta Ekspedisi Bekayak Sungai Pahang 2017.